Monday 5 December 2016

Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas Vitamin Semulajadi


Dr. Forrest Shaklee merupakan pengasas Syarikat Shaklee. Sebuah jenama yang mengaplikasikan Alam Semulajadi dalam produknya. Semua ini hasil legasi daripada pengasasnya yang inginkan kesihatan secara semulajadi tanpa ubat & dadah.




Pada 1894, Dr. Forrest telah dilahirkan Carlisle, Iowa; sebuah kawasan perlombongan. Ketika lahir beliau disahkan menghidap penyakit Batuk Kering atau TB & doktor menjangkakan beliau tidak mampu untuk hidup lama iaitu sehingga usia 8tahun sahaja. Tetapi ibu bapa Dr. Forrest tidak putus asa & mahu berusaha merawat anak mereka secara natural. Ibunya telah membuat minyak urut daripada herba bagi membantu perkembangan kesihatan Dr. Forrest ketika itu.

Ibu bapa beliau kemudiannya telah mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan perkampungan di Utara US iaitu Moorhead, Iowa. Keputusan itu diambil bagi membesarkan anak mereka dalam suasana yang lebih bersih, pengambilan makanan yang lebih sihat & mesra alam. Dengan harapan anak mereka mampu sembuh. Semakin lama, kesihatan Dr. Forrest semakin baik & ketika usia 4tahun beliau dapat duduk dengan sendirinya untuk kali pertama. Jadi secara keseluruhannya mereka percaya bahawa pemakanan & persekitaran yang sihat adalah penyumbang utama pada kesihatan yang baik.

Apabila meningkat dewasa beliau telah memulakan kajian untuk mencipta sesuatu yang boleh menyumbang pada kesihatan sejagat. Pada 1915 ketika usia 21tahun beliau telah mencipta Multivitamin pertama di dunia iaitu Vitalized Minerals atau lebih dikenali sebagai Vitalea pada hari ini.

Ketika berusia 24tahun beliau telah membuka sebuah pusat kesihatan yang banyak menjalankan ujian X-Ray. Kesan daripada radiasi tersebut, 3tahun kemudian beliau disahkan menghidap Terminal Cancer. Beliau mengambil keputusan untuk menjual pusat kesihatannya & kembali menjalani hidup secara alami seperti dahulu, dengan harapan beliau dapat sembuh dari penyakitnya. Atas keyakinan bahawa ibunya pernah merawat beliau secara semulajadi, Dr. Forrest mula mengamalkan pemakanan & rawatan secara natural. Setahun kemudian, beliau BEBAS daripada penyakit kanser sepenuhnya!

Rentetan daripada kejayaan demi kejayaan hasil daripada rawatan natural, Dr. Forrest meneruskan kajian & ciptaan vitamin beliau tanpa henti. Semuanya berasaskan semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya atau dadah.

Sehinggalah pada 1956 Dr. Forrest bersama dua anak beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation bagi menghasilkan produk-produk vitamin yang berkualiti. Legasi itu berterusan sehingga kini. Pada 1988 syarikat Shaklee telah memasuki pasaran Malaysia & bertahan sehingga sekarang!

Begitulah hasil ciptaan istimewa Dr. Shaklee yang digunakan sehingga ke hari ini & telah memberi manfaat kepada berjuta-juta manusia selama 100tahun lamanya.

Terima Kasih Dr. Forrest C. Shaklee.



LadyJelita_Knur

No comments:

Post a Comment