Sunday 27 November 2016

Refleksi Diri 2016

Tak terasa masa berlalu, sekarang dah bulan November. Bila dilihat kembali, banyak pahit manis dilalui sepanjang tahun ini. Tapi yang mahu diingati sudah tentulah yang manis-manis belaka.

Tahun 2016 banyak menguji LJ dalam kerjaya & keluarga. Dari segi kerjaya; awal tahun 2016 menyaksikan sangat banyak perkembangan positif. Kebolehan LJ sebagai seorang pelukis pelan mula dihargai. LJ banyak diberi mandat untuk mengetuai Team pelukis pelan. Memang buat kerja all-out! Kerja overtime, balik lewat hampir setiap hari, bertekak dengan bos & engineer. 
Waktu tu kami buat Projek Pembinaan Jeti Sawit di Sandakan. Sesuatu benda sangat baru & asing bagi LJ. Walaupun mencabar mental terutamanya, semua itu memberi kepuasan bila kami dapat End-Result yang baik. 

LJ gigih Overtime Hujung Minggu

Apabila LJ mula fokus pada kerjaya, keluarga pula mula terabai terutamanya anak-anak & pengurusan rumahtangga. Agak ke laut juga lah...

Akhirnya LJ ambil keputusan untuk berhenti kerja pejabat & mula kerja di rumah. Memang ia keputusan yang sangat sukar dalam keadaan Ekonomi negara kita sekarang yang sangat menghimpit. But you have to do what you have to do! Saya nekad! Yang menariknya, seminggu sebelum masa LJ menghantar surat berhenti kerja, LJ disahkan hamil anak ke-3 pula. Agak-agak LJ nak lompat bintang gembira ke atau nak tarik balik surat berhenti kerja? 

"Percaya pada Rezeki."

Ini merupakan kata-kata hikmah yang LJ pegang dari dulu. Ketika mengambil keputusan untuk berhenti tu, LJ dapat rasa hati sangat tenang tanpa rasa gentar. Keputusan drastik & berita gembira itu LJ kongsi bersama suami & anak-anak. Dua orang putera LJ nampaknya gembira bila Mummy selalu ada di rumah & masak untuk mereka. En. Suami pula...70-30; antara gembira isteri sentiasa di sisi & situasi Ekonomi yang tak menentu. Walaupun tidak semewah dulu "bermandikan" bayaran overtime, tetapi kepuasan & kegembiraan bersama keluarga itu amat sukar diungkap.

Keluarga lebih indah dengan surinya
(Kredit: keywordsuggest.org)

Apapun, bagi LJ Tahun 2016 banyak memberi pelajaran & pengalaman baru dalam hidup. Yang pasti LJ gembira & menghargai setiap pengalaman yang
 lalui. Perjalanan hidup kita adalah rahsia Yang Maha Esa. Sujud & berserahlah kepadaNya agar kita mendapat petunjuk yang benar & diredhai. Alhamdulillah.

Kisah 2016 

🌼    LadyJelita_Knur

No comments:

Post a Comment