Wednesday 7 December 2016

Bagaimana Shaklee Membantu Saya

Setiap apa yang kita buat lebih baik terbit dari hati yang tulus & yang kita minat. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Jadi bagi setiap pertemuan pasti ada titik turning point yang mengubah persepsi kita.

Pernah suatu masa saya kena travel KL-KCH-KK-KL atas urusan keluarga & masalah kesihatan. Pada waktu tu saya tak bekerja & simpanan semakin susut. Ketika di Kuching, saya buntu macam mana nak cari dana beli tiket flight ke KK & kemudian baru kembali ke KL. Kena pula beli tiket last minute, memang mahal la jawabnya!

Waktu tu saya sentiasa bawa flyers & berjinak-jinak bercerita pasal Shaklee pada orang sekeliling. Selepas itu, saya berjaya jual 2 Fullset Slimming dengan harga runcit. Berbekalkan simpanan dan untung runcit itulah saya tampung perjalanan ke KK & seterusnya ke KL.

Bermula dari sana, saya mula lihat Shaklee sebagai satu peluang yang sangat luas, berbaloi & membantu dikala perlu. Setiap ahlinya berpeluang untuk mendapat pendapatan sampingan secara samarata. Di Shaklee juga, ahlinya tidak dipaksa untuk simpan stok atau modal yang besar sampai beribu-ribu. Bila kita ada usaha, ada jualan, pasti ada pulangannya.

Yang paling penting adalah produk-produk Shaklee bukan hanya produk biasa. Kesemua produknya adalah berkualiti, dikaji oleh para saintis secara teliti & mempunyai Landmark Study yang dijalankan selama 20tahun untuk mendapat keputusannya. Jadi di Shaklee, ia bukan hanya kerana wang ringgit semata-mata tetapi juga kualiti produk yang dijual.

I heart Shaklee! 


"Shaklee for Health, Shaklee for Life"


Hubungi saya untuk mendaftar sebagai Ahli Shaklee.

Knur Surayati Razali
(ID: 931779)
Contact: 016-8429181

LadyJelita_Knur

Tuesday 6 December 2016

Set Sistem Imun Untuk Persediaan Musim Tengkujuh.


Penghujung tahun biasanya Musim Tengkujuh pun menjelma. Pelbagai kemungkinan bencana alam sering berlaku ketika ini. Jadi kita kena bersedia awal, kata orang "Sediakan payung sebelum hujan."

Dari segi kesihatan, saya pastikan di rumah ada stok untuk 3 jenis vitamin ini; iaitu Set Sistem Imun.

Set Sistem Imun
(Nutriferon, Chewable Vita-C Plus, Sustained Release Vita-C Plus)

1. Nutriferon

Nutriferon membantu tingkatkan antibodi & mengelakkan demam berpanjangan. Ia membekalkan Interferon yang bertindak sebagai 'alarm' kepada sistem imun tubuh untuk bertindak apabila terdapat virus atau jangkitan.

2. Chewable Vita-C Plus

Vitamin C jenis boleh kunyah ini sesuai untuk anak-anak. Bila diserang selesema, inilah vitamin pilihan mereka. Biasanya selesema akan cepat kebah & mereka kembali cergas.

3. Sustained Release Vita-C Plus

Ini merupakan Vitamin C untuk dewasa. Ia membantu saya & suami mengelakkan serangan selesema, memberi tenaga & menguatkan antibodi.
Hubungi saya untuk order.

Knur Surayati Razali
(ID: 931779)
Contact: 016-8429181

LadyJelita_Knur

Bisnes Shaklee Menguntungkan


Waktu mula-mula join Shaklee dulu memang Zero tentang vitamin. Tahu yang surface saja lah pasal vitamin ni. Tapi sejak join Shaklee, saya sentiasa diberi input tentang 'semua' jenis vitamin. Makan ke tak makan ke, info kena hadam!



Setiap hari saya akan berdepan dengan pelbagai jenis masalah pelanggan. Medium yang paling banyak membantu saya membantu menjawab persoalan mereka sudah tentunya Buku Nutrisi Shaklee yang serba lengkap ini. Limited Edition hanya untuk pengedar Shaklee sahaja. Semua info produk ada di dalam! Shaklee juga ada buat Kelas Nutrisi yang dikendalikan oleh Nutritionist bertauliah. Jadi semua ilmu yang disampaikan adalah sahih & berdasarkan fakta. Bukan cakap-cakap kosong saja tau.

Selain itu, carian Google juga banyak membantu terutama berkaitan testimoni & kebaikan produk. Dan apa yang paling saya hargai & takkan jumpa di tempat lain adalah Group Support POLLUX yang sentiasa aktif, informatif & efisien. Setiap hari akan ada topik untuk dibincangkan & sudah tentunya memberi banyak ilmu baru. Terima kasih upline mama & neni yang sentiasa tak kering idea mendidik kami.


Jadi bagi saya, berada dalam bisnes Shaklee ini bukan sekadar menjual vitamin sahaja. Tetapi ia merupakan satu proses pembelajaran yang berterusan & berharga untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Misi kami untuk membantu kesihatan pelanggan dijalankan berdasarkan sumber maklumat yang boleh dipercayai.

Jangan ragu-ragu, pilih pengedar Shaklee yang Original!

"Shaklee for Health, Shaklee for Life"

Hubungi saya untuk mendaftar sebagai Ahli Shaklee.

Knur Surayati Razali
(ID: 931779)
Contact: 016-8429181

LadyJelita_Knur

Monday 5 December 2016

Dr. Forrest C. Shaklee Pengasas Vitamin Semulajadi


Dr. Forrest Shaklee merupakan pengasas Syarikat Shaklee. Sebuah jenama yang mengaplikasikan Alam Semulajadi dalam produknya. Semua ini hasil legasi daripada pengasasnya yang inginkan kesihatan secara semulajadi tanpa ubat & dadah.




Pada 1894, Dr. Forrest telah dilahirkan Carlisle, Iowa; sebuah kawasan perlombongan. Ketika lahir beliau disahkan menghidap penyakit Batuk Kering atau TB & doktor menjangkakan beliau tidak mampu untuk hidup lama iaitu sehingga usia 8tahun sahaja. Tetapi ibu bapa Dr. Forrest tidak putus asa & mahu berusaha merawat anak mereka secara natural. Ibunya telah membuat minyak urut daripada herba bagi membantu perkembangan kesihatan Dr. Forrest ketika itu.

Ibu bapa beliau kemudiannya telah mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan perkampungan di Utara US iaitu Moorhead, Iowa. Keputusan itu diambil bagi membesarkan anak mereka dalam suasana yang lebih bersih, pengambilan makanan yang lebih sihat & mesra alam. Dengan harapan anak mereka mampu sembuh. Semakin lama, kesihatan Dr. Forrest semakin baik & ketika usia 4tahun beliau dapat duduk dengan sendirinya untuk kali pertama. Jadi secara keseluruhannya mereka percaya bahawa pemakanan & persekitaran yang sihat adalah penyumbang utama pada kesihatan yang baik.

Apabila meningkat dewasa beliau telah memulakan kajian untuk mencipta sesuatu yang boleh menyumbang pada kesihatan sejagat. Pada 1915 ketika usia 21tahun beliau telah mencipta Multivitamin pertama di dunia iaitu Vitalized Minerals atau lebih dikenali sebagai Vitalea pada hari ini.

Ketika berusia 24tahun beliau telah membuka sebuah pusat kesihatan yang banyak menjalankan ujian X-Ray. Kesan daripada radiasi tersebut, 3tahun kemudian beliau disahkan menghidap Terminal Cancer. Beliau mengambil keputusan untuk menjual pusat kesihatannya & kembali menjalani hidup secara alami seperti dahulu, dengan harapan beliau dapat sembuh dari penyakitnya. Atas keyakinan bahawa ibunya pernah merawat beliau secara semulajadi, Dr. Forrest mula mengamalkan pemakanan & rawatan secara natural. Setahun kemudian, beliau BEBAS daripada penyakit kanser sepenuhnya!

Rentetan daripada kejayaan demi kejayaan hasil daripada rawatan natural, Dr. Forrest meneruskan kajian & ciptaan vitamin beliau tanpa henti. Semuanya berasaskan semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya atau dadah.

Sehinggalah pada 1956 Dr. Forrest bersama dua anak beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation bagi menghasilkan produk-produk vitamin yang berkualiti. Legasi itu berterusan sehingga kini. Pada 1988 syarikat Shaklee telah memasuki pasaran Malaysia & bertahan sehingga sekarang!

Begitulah hasil ciptaan istimewa Dr. Shaklee yang digunakan sehingga ke hari ini & telah memberi manfaat kepada berjuta-juta manusia selama 100tahun lamanya.

Terima Kasih Dr. Forrest C. Shaklee.



LadyJelita_Knur

Luaskan Perniagaan Dengan Membaca



Selain baca buku cerita untuk anak-anak, saya juga sentiasa cuba manfaatkan masa untuk mencari bahan bacaan ilmiah. Melalui pembacaan kita sebenarnya meluaskan lagi skop pandangan kita tentang kehidupan melalui kacamata penulis.😘



Buku "Jutawan MLM" ini dalah hadiah daripada mama Shaklee saya, Sylvia Yong ketika saya menghadiri Jom Hebat Mega iReach beberapa tahun lalu. Terharu aii dapat hadiah! 😍Mula-mula saya dapat buku nie saya seram tengok tajuk buku tu ada 'MLM'. Hahaha. Tapi selepas baca ternyata bisnes MLM Shaklee nie bukan sekadar momokan head hunting saja. It is more than that. Percaya atau tidak dalam kehidupan kita sebenarnya banyak berlaku sistem MLM.

Setiap orang ada peluang untuk berjaya. Yakin pada kebolehan masing-masing & percaya pada rezeki yang Allah berikan. Kalau kita gagal hari nie, mungkin ia menjadi batu loncatan untuk berjaya lebih gemilang di kemudian hari!

Buku ini memberi inspirasi untuk tidak takut pada bisnes MLM. Yang penting pilih MLM yang benar & tak cekik darah! 

LadyJelita_Knur

Sunday 27 November 2016

Refleksi Diri 2016

Tak terasa masa berlalu, sekarang dah bulan November. Bila dilihat kembali, banyak pahit manis dilalui sepanjang tahun ini. Tapi yang mahu diingati sudah tentulah yang manis-manis belaka.

Tahun 2016 banyak menguji LJ dalam kerjaya & keluarga. Dari segi kerjaya; awal tahun 2016 menyaksikan sangat banyak perkembangan positif. Kebolehan LJ sebagai seorang pelukis pelan mula dihargai. LJ banyak diberi mandat untuk mengetuai Team pelukis pelan. Memang buat kerja all-out! Kerja overtime, balik lewat hampir setiap hari, bertekak dengan bos & engineer. 
Waktu tu kami buat Projek Pembinaan Jeti Sawit di Sandakan. Sesuatu benda sangat baru & asing bagi LJ. Walaupun mencabar mental terutamanya, semua itu memberi kepuasan bila kami dapat End-Result yang baik. 

LJ gigih Overtime Hujung Minggu

Apabila LJ mula fokus pada kerjaya, keluarga pula mula terabai terutamanya anak-anak & pengurusan rumahtangga. Agak ke laut juga lah...

Akhirnya LJ ambil keputusan untuk berhenti kerja pejabat & mula kerja di rumah. Memang ia keputusan yang sangat sukar dalam keadaan Ekonomi negara kita sekarang yang sangat menghimpit. But you have to do what you have to do! Saya nekad! Yang menariknya, seminggu sebelum masa LJ menghantar surat berhenti kerja, LJ disahkan hamil anak ke-3 pula. Agak-agak LJ nak lompat bintang gembira ke atau nak tarik balik surat berhenti kerja? 

"Percaya pada Rezeki."

Ini merupakan kata-kata hikmah yang LJ pegang dari dulu. Ketika mengambil keputusan untuk berhenti tu, LJ dapat rasa hati sangat tenang tanpa rasa gentar. Keputusan drastik & berita gembira itu LJ kongsi bersama suami & anak-anak. Dua orang putera LJ nampaknya gembira bila Mummy selalu ada di rumah & masak untuk mereka. En. Suami pula...70-30; antara gembira isteri sentiasa di sisi & situasi Ekonomi yang tak menentu. Walaupun tidak semewah dulu "bermandikan" bayaran overtime, tetapi kepuasan & kegembiraan bersama keluarga itu amat sukar diungkap.

Keluarga lebih indah dengan surinya
(Kredit: keywordsuggest.org)

Apapun, bagi LJ Tahun 2016 banyak memberi pelajaran & pengalaman baru dalam hidup. Yang pasti LJ gembira & menghargai setiap pengalaman yang
 lalui. Perjalanan hidup kita adalah rahsia Yang Maha Esa. Sujud & berserahlah kepadaNya agar kita mendapat petunjuk yang benar & diredhai. Alhamdulillah.

Kisah 2016 

🌼    LadyJelita_Knur

Lady Jelita



Jangan betulkan komputer anda. LJ memang bukan sejelita puteri raja. Hanya seorang wanita yang menghargai keindahan ciptaanNya; kerana setiap insan punya keistimewaan yang berbeza. 

Selamat melayari coretan LJ. Semoga memberi manfaat kepada anda yang sudi singgah di blog Lady Jelita.